Xiaomi Buds 6 Dengan Bateri 35 Jam Dijual Pada Harga Bermula RM399

TechnologyDigital
28 May 2026 • 10:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Buds 6 Dengan Bateri 35 Jam Dijual Pada Harga Bermula RM399

Selain Xioami 17T dan 17T Pro, fon telinga Xiaomi Buds 6 turut dilancarkan malam ini. Ia adalah dari jenis putik telinga tanpa hujung silikon tetapi masih mempunyai sistem ANC terbina. Putik telinga mempunyai rekaan ergonomik dengan ia hanya sebesar 4.4 gram.

Image from: Xiaomi Buds 6 Dengan Bateri 35 Jam Dijual Pada Harga Bermula RM399

Terdapat pemandu audio 11m dilengkapi diafragma bersalut emas 24K bagi menawarkan bass lebih kuat (+40%) dan treble lebih sensitif (+30%). Ia boleh memainkan audio nirhilang sehingga 24‑bit/48kHz dengan kadar penghantaran sehingga 2.1 Mbps menerusi Qualcomm aptX Lossless. Sistem ANC mampu menghalang audio luaran sehingga kelantangan 95 dB.

Image from: Xiaomi Buds 6 Dengan Bateri 35 Jam Dijual Pada Harga Bermula RM399

Terdapat pad sesentuh dan tekanan pada tangkai untuk kawalan audio. Ia juga boleh digunakan untuk memulakan ciri alih bahasa masa nyata, mengawal kamera atau mengawal aplikasi rakaman audio. Ia turut boleh dijejak menggunakan sistem Apple Find My dan Google Find Hub. Disamping itu tambatan pantas pada Android boleh dilakukan menerusi Fast Pair.

Putik audio melepasi piawaian IP54 dan boleh beroperasi sehingga 6 jam atau sehingga 35 jam dengan bantuan pod pengecas. Di Malaysia Xiaomi Buds 6 dijual pada harga RM499 dalam warna Pearl White, Graphite Black, Nebula Purple, dan Titan Gray dengan langganan Spotify Premium percuma diberikan selama 3 bulan. Tetapi sempena pelancaran, ia boleh dibeli pada harga promosi RM399.