Redmi Headphones Neo Dengan Bateri 72 Dijual Pada Harga RM 239

TechnologyDigital
28 May 2026 • 10:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Headphones Neo Dengan Bateri 72 Dijual Pada Harga RM 239

Redmi Headphones Neo turut memasuki pasaran Malaysia secara rasmi malam ini dengan ia mempunyai sistem ANC tetapi ditawarkan pada harga mampu milik. Fon kepala dilengkapi pemandu audio 40mm dengan diafragma titanium komposit. Tubuh fon kepala diperbuat daripada plastik dengan terdapat butang kawalan fizikal pada cawan telinga tangan.

Image from: Redmi Headphones Neo Dengan Bateri 72 Dijual Pada Harga RM 239

Sistem ANC membatalkan hingar sehingga 42dB dibantu oleh enam mikrofon terbina. Terdapat tiga tahap ANC serta satu mod adaptif yang berubah mengikut kelantangan kawasan persekitaran. Redmi Headphones Neo boleh digunakan menerusi tambatan bluetooth 5.4 atau kabel USB-C.

Bateri 600 mAh yang disertakan menawarkan hayat penggunaan sehingga 72 jam dengan sekali caj. Pengecasan 10 minit sahaja memberikan hayat penggunaan sehingga 5 jam. Sepasang Redmi Headphones Neo dijual pada harga RM239 dalam warna Obsidian Black dan Sand White. Redmi memberikan langganan Spotify Premium percuma selama dua bulan dengan setiap pembelian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved