Xiaomi dan Ford menafikan laporan Financial Times pada hujung minggu lalu yang mengatakan mereka sedang berbincang untuk melakukan kerjasama menghasilkan EV di Amerika Syarikat. Kedua-dua syarikat mengeluarkan penafian bersama dan berkata laporan tersebut adalah palsu sepenuhnya.

Xiaomi mengatakan mereka tidak menjual produk atau perkhidmatan di Amerika serta tiada rancangan untuk memasuki pasaran tersebut melalui mana-mana rakan kongsi. Ford pula menafikan perbincangan telah dilakukan untuk bekerjasama.
Sekiranya laporan ini benar sekalipun, tidak diketahui bagaimana Ford boleh mendapatkan kebenaran daripada kerajaan untuk membenarkan ia diteruskan. Amerika Syarikat tidak membenarkan import EV buatan China ke dalam negara dengan alasan ia mendatangkan risiko keselamatan negara.
Dalam keengganan Amerika menerima EV China, Kanada membenarkan import dengan tarif rendah selepas Perdana Menteri Carney melawat Presiden Xi di China bulan lalu. Ini. membuka pintu pertama kemasukan EV ke pasaran Amerika Utara setelah sekian lama dikunci.




