Xiaomi HyperOS Masih Menyokong Aplikasi 32-Bit

TechnologyDigital
1 Nov 2023 • 12:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak tahun lepas, sistem operasi Android telah mula memberi amaran jika aplikasi 32-bit dijalankan. Ia adalah senibina cip yang sudah usang dan kini semua telah beralih ke 64-bit sepenuhnya. Malah, Arm sendiri tidak lagi menyokong 32-bit. Tahun lepas Oppo, Vivo dan Xiaomi bersama-sama tidak lagi membenarkan aplikasi 32-bit diterbit ke gedung aplikasi masing-masing.

image is not available

Tetapi pada sistem operasi HyperOS oleh Xiaomi yang nampaknya masih mengekalkan sokongan aplikasi 32-bit. Ini masih mampu dilakukan walaupun secara rasmi cip Snapdragon 8 Gen 3 pada Xiaomi 14 telah menamatkan sokongan aplikasi 32-bit. Menurut ciapan Mishaal Rahman, ini dilakukan menerima sistem Tango yang dibangunkan oleh Amanieu Systems.

image is not available

Ini secara tidak langsung membenarkan pengguna menggunakan aplikasi 32-bit kegemaran mereka seperti Flappy Bird. Nampaknya setakat ini hanya Xiaomi sahaja yang masih membenarkan aplikasi 32-bit sementara peranti lain seperti Google sejak Pixel 7 lagi telah dihadkan kepada aplikasi 64-bit sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved