Xiaomi Mengacah Pengenalan Xiaomi Pad 6S Pro Di Malaysia – Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2

TechnologyDigital
12 May 2024 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Malaysia kini mengacah kehadiran sebuah lagi peranti untuk pasaran Malaysia, iaitu Xiaomi Pad 6S Pro. Tablet ini hadir dengan spesifikasi yang tinggi, disamping turut disokongan dengan aksesori tambahan seperti stylus untuk menulis atau melakar, dan juga sokongan papan kekunci.

image is not available

Xiaomi Pad 6S Pro hadir dengan skrin 12.4-inci, dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1TB. Melengkapkan tablet ini juga adalah bateri 10,000mAh dengan pengecasan pantas 120W. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan gabungan kamera 50MP dan 2MP dibelakang, selain kamera 20MP dihadapan.

Xiaomi turut menggunakan sistem operasi HyperOS pada tablet ini. Harga jualan di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Di China, ia dijual pada harga melangkaui RM2000 (mengikut kadar tukaran mata wang tempatan).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved