Xiaomi Menjadualkan Pengenalan Xiaomi 13 Pada 11 Disember

TechnologyDigital
9 Dec 2022 • 12:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi sebelum ini pada awalnya menjadualkan pengenalan Xiaomi 13 pada minggu lepas. Namun, ia terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh bekas presiden China yang meninggal dunia.

Kini, selang seminggu daripadanya, Xiaomi secara rasminya mengumumkan mereka akan melancarkan Xiaomi 13 dan juga MIUI 14 di China, pada 11 Disember 2022 kelak.

image is not available

Xiaomi 13 ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 terbaru, selain dilengkapi teknologi kamera berkuasa, termasuk beberapa ciri lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 11 Disember ini, untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh pengeluar China berkenaan bersama telefon mercu terbaru mereka ini.