Xiaomi Mix Fold 2 akan diumum beberapa hari selepas Z Fold 4

Digital
9 Aug 2022 • 3:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Xiaomi dikesan telah mengutuskan teaser di saluran media sosial China mereka tentang pelancaran Xiaomi Mix Fold 2. Berdasarkan poster tersebut, pesaing kepada Z Fold 4 itu akan diumumkan pada 11 Ogos 2022, 7 malam waktu China.

image is not available

Tiada maklumat konkrit berkaitan Mix Fold 2 ada setakat ini. Namun yang pasti, sistem kameranya bakal menerima cap Leica, sama seperti Xiaomi 12S Ultra yang hanya dijual dalam pasaran China buat masa ini.

Menurut maklumat tidak rasmi, Mix Fold 2 dilengkapi paparan luar 6.5" dan apabila dibuka, paparan 8" bleh digunakan. Panel paparan katanya dipertingkat daripada 60Hz kepada 120Hz dan kesan lipatan juga dikurangkan.

Atas papan utama, jangkakan spesifikasi lebih baik berbanding Mix Fold asal. Di Mix Fold pertama, anda dihidangkan dengan SoC Snapdragon 888. Sekiranya naik taraf dilakukan, kita sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya Snapdragon 8 Gen 1 ataupun kalau Xiaomi tidak kedekut, Snapdragon 8+ Gen 1.

image is not available
Mi Mix Fold 2

Tentang penjualannya dalam pasaran di luar China pun agak samar-samar. Hal ini kerana, Mix Fold asalpun tidak masuki pasaran Malaysia. Walau apapun, berikut adalah harga pelancaran Mix Fold di China tempoh hari.

  • RAM 12GB + storan 256GB RMB9,999 (RM6,332)
  • RAM 12GB + storan 512GB RMB10,999 (RM6,965)
  • RAM 16GB + storan 512GB RMB12,999 (RM8,231)