Xiaomi Note E-Ink Dilancarkan Di Cina Dengan Skrin 10.3-Inci

TechnologyDigital
5 Dec 2022 • 7:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi Note E-Ink telah dilancarkan di China dengan ia adalah sebuah tablet dengan skrin e-ink sebesar 10.3″ yang turut menyokong stylus. Ia dijana cip empat teras dengan CPU Cortex A55, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 64GB dan bateri sebesar 3000 mAh yang menyokong pengecasan 18W.

image is not available

Tablet ini seberat masih lagi menggunakan Android 11 dengan pelbagai aplikasi yang membolehkannya digunakan bukan sahaja untuk membaca ebuku tetapi juga melakukan kerja-kerja biasa. Ia turut hanya setebal 5.35mm yang menjadikannya lebih nipis berbanding kebanyakan telefon pintar dan tablet lain di pasaran.

Di China pratempahan untuk Xiaomi Note E-Ink telahpun dibuka dengan ia dijual pada harga RMB 2699 (~RM1633) sebuah dengan ia ditawarkan dengan hanya sokongan WiFi dan dalam warna perak.