Dua tablet baharu iaitu Xiaomi Pad 8 dan Xiaomi Pad 8 Pro turut diumumkan hari ini. Kedua-duanya menawarkan spesifikasi menarik yang sesuai digunakan untuk produktiviti, di samping memenuhi keperluan hiburan harian.

Xiaomi Pad 8 hadir dengan skrin 11.2″ beresolusi 3.2K (3200 × 2136) pada 345 ppi, menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz di samping Adaptive HDR dengan kecerahan puncak 800 nits. Selain itu, paparan ini turut menyokong Dolby Vision serta menerima pensijilan TÜV Rheinland. Ia juga dijana cip Snapdragon 8s Gen 4, manakala pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Bateri 9,200mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 45W. Xiaomi Pad 8 turut menawarkan pembesar suara dengan sokongan Hi-Res dan Hi-Res Wireless Audio serta Dolby Atmos. Dari segi perisian, ia menggunakan sistem operasi Xiaomi HyperOS 3 dengan sokongan Xiaomi HyperConnect (seperti Cross-device camera, Smart Hub, dan interkonektiviti ekosistem), di samping Xiaomi HyperAI yang menyediakan ciri AI Writing, AI Translate Conversation, AI Interpreter, AI Art serta Google Gemini.

Xiaomi Pad 8 Pro hadir dengan skrin beresolusi 3.2K (3200 × 2136), menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz di samping Adaptive HDR dengan kecerahan puncak 800 nits. Selain itu, paparan ini turut menyokong Dolby Vision serta menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk Low Blue Light.
Ia dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite yang digandingkan dengan perisian Xiaomi HyperOS 3. Sistem ini hadir dengan sokongan Xiaomi HyperConnect, di samping Xiaomi HyperAI yang menyediakan ciri AI Writing, AI Speech Recognition, AI Translate Conversation, AI Interpreter, AI Calculator, AI Creativity Assistant, AI Art, serta integrasi Circle to Search dengan Google dan Google Gemini.

Tablet ini turut menawarkan kamera belakang 50MP dan kamera hadapan 32MP. Ia hadir dengan bateri berkapasiti 9,200mAh bersama sokongan pengecasan pantas 67W. Dari segi audio, sistem quad-speaker dengan sokongan Hi-Res dan Hi-Res Wireless Audio serta Dolby Atmos disertakan untuk pengalaman hiburan yang lebih imersif.
Di Malaysia, Xiaomi Pad 8 Pro (12GB + 512GB) ditawarkan pada harga RM2,999 dengan pilihan warna Pine Green dan Gray. Setiap pembelian disertakan hadiah percuma berupa Xiaomi 212W HyperCharge Power Bank 24,500mAh, papan kekunci Xiaomi Pad 8 / 8 Pro Keyboard, serta Xiaomi Focus Pen Pro yang bernilai RM1,567.

Sementara itu, Xiaomi Pad 8 (8GB + 256GB) hadir dalam pilihan warna Pine Green, Gray, dan Blue pada harga RM1,999 atau RM1,899 semasa promosi. Pembeli akan menerima hadiah percuma berupa papan kekunci Xiaomi Pad 8 / 8 Pro Keyboard bersama Xiaomi Focus Pen Pro bernilai RM1,098.
Bagi model Xiaomi Pad 8 (8GB + 128GB), ia dijual pada harga RM1,699 atau RM1,599 semasa promosi. Setiap pembelian turut disertakan hadiah percuma berupa Xiaomi Pad 8 / 8 Pro Cover bersama Xiaomi Focus Pen Pro bernilai RM798.

