Xiaomi Perkenal Telefon Boleh-Katup Dengan Skrin Luar Besar, Xiaomi MIX Flip

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 9:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas memperkenalkan hanya telefon dengan rekaan boleh-lipat sahaja sebelum ini, Xiaomi kali ini turut memperluaskan penawaran telefon pintar dengan memperkenalkan telefon dengan rekaan boleh-katup, Xiaomi MIX Flip. Ini sekaligus memposisikan telefon berkenaan yang mempunyai penawaran lebih kurang sama oleh Samsung dan juga Oppo.

image is not available

Xiaomi MIX Flip hadir dengan dua skrin, satu di luar bersaiz 4.01-inci, selain skrin yang dibuka bersaiz 6.5-inci. Pada kategori telefon boleh-katup, Xiaomi dilihat menawarkan saiz skrin yang sangat besar buat masa ini.

Xiaomi MIX Flip turut membawakan dwi-kamera luar berjenama Leica yang merupakan gabungan sensor 50MP utama dan 50MP telefoto. Selain itu, pada bahagian dalam, ia menyertakan kamera swafoto 16MP.

image is not available

Melengkapkan telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 8 Gen 3, memori sehingga 16GB LPDDR5, dan pilihan storan mencapai 1TB UFS 4.0. Ia turut dijana bateri 4780mAh dengan sokongan pengecasan 67W.

Telefon boleh-katup ini hadir dengan sistem operasi HyperOS berasaskan Android 14, selain turut menawarkan beberapa widget untuk digunakan pada skrin luaran.

image is not available

Di China, Xiaomi MIX Flip ini ditawarkan pada harga bermula CNY5999, iaitu sekitar RM3800. Xiaomi turut menawarkan beberapa aksesori untuk telefon boleh-katup ini, termasuk sebuah kit kamera yang membolehkan anda menghubungkannya dan mencetak gambar terus selepas merakamkan detik kegemaran anda.