Xiaomi Memperkenalkan Kemaskini Telefon Boleh-Lipat Terbaru, Xiaomi MIX Fold 4

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 9:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi hari ini mengadakan acara khas di China, sekaligus memperkenalkan beberapa produk baharu mereka untuk pertengahan tahun kedua 2024. Pengenalan produk baharu ini dimulakan dengan kemaskini kepada keluarga telefon boleh-lipat mereka, Xiaomi MIX Fold.

image is not available

Xiaomi MIX Fold 4 merupakan generasi ke-4 dalam rekaan telefon boleh-lipat, hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan berbanding sebelum ini. Ia menggunakan skrin luar bersaiz 6.56-inci, dan menjadi 7.98-inci apabila dibuka. Ia turut menggunakan rekaan yang melengkung pada bahagian tepi, memberikan lebih keselesaan apabila dipegang. Kedua-dua skrin juga membawa kadar segar semula 120Hz, dengan kecerahan mencapai 3000-nits.

Menguasakan MIX Fold 4 adalah cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3, memori LPDDR5X, selain storan berasaskan UFS 4.0. XIaomi menggunakan bateri 5100mAh pada telefon boleh-lipat ini, dengan sokongan pengecasan 67W.

image is not available

Xiaomi turut menawarkan sedikit pengoptimasian pada perisian dan aplikasi untuk telefon pintar ini. Sebagai contoh, penawaran aplikasi terjemahan yang boleh digunakan untuk perbualan dua hala menggunakan skrin luaran dan dalaman untuk interaksi. Xiaomi menguasakan telefon pintar ini dengan HyperOS.

Pada bahagian kamera, Xiaomi MIX Fold 4 ini menggunakan empat kamera belakang dengan teknologi Leica. Kamera utamanya adalah sensor 50-megapixel, dilengkapi bersama kamera 12-MP ultralebar, 50MP telefoto, dan 50MP periskop dengan sokongan zum 5x.

image is not available

Telefon pintar boleh-lipat ini akan dijual di China pada harga bermula CNY8999, iaitu sekitar RM5700 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.