Xiaomi TV Stick HD 2nd Gen Dengan Spesifikasi Lebih Berkuasa Dilancarkan

TechnologyDigital
2 Apr 2026 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saya kerap menerima soalan apa perlu dilakukan apabila TV pintar di rumah mual perlahan. Jika panel masih lagi ok, saya sarankan beli sahaja kotak TV Android atau dongel kerana ia perbelanjaan yang lebih murah. Semalam Xiaomi TV Stick HD 2nd Gen telah dilancarkan dengan perkakasan lebih baik berbanding generasi terdahulu.

image is not available

Ia menggunakan reka bentuk lebih bulat seperti versi Xiaomi TV Stick 4K tetapi ia sekadar menyokong resolusi 1080p 60FOPS sahaja. Sistem operasi yang digunakan ialah Google TV sementara pemproses pula hadir dengan cip empat teras Cortex‑A55, GPU Mali‑G31 MP2, memori 1GB dan storan hanya 8GB.

Dongal dipasang terus ke port HDMI TV dengan kuasa menggunakan micro USB yang sedikit mengecewakan. Aplikasi Netflix, Amazon Prime Video dan YouTube sudah terpasang serta ia menyokong codec AV1 yang mengurangkan penggunaan data apabila menstrim.

image is not available

Disamping itu ia menyokong format HDR10+ untuk paparan serta DTS:X dan Dolby Audio untuk audio. Rangkaian internet Wi‑Fi 5 boleh digunakan bersama dengan Bluetooth 5.0. Alat kawalan mempunyai rekaan butang standard serta pintasan untuk Xiaomi TV+, Netflix, YouTube dan Prime Video. Harga belum lagi diumumkan.