Xiaomi Watch S1 Pro diperkenal, badan premium dengan hayat bateri sehingga 14 hari

Digital
27 Feb 2023 • 1:07 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bersama-sama dengan barisan telefon berkelas flagship, Xiaomi memperlengkap penawaran mereka dengan sebuah jam tangan premium, Xiaomi Watch S1 Pro. Jam tangan ini sudahpun ada dalam pasaran China seawal Ogos 2022 tahun lalu.

image is not available

Bermula dengan bahagian luar, Watch S1 Pro mengguna pakai rekaan bulat klasik dengan badan berdiameter 46mm. Padanya terdapat panel paparan sebesar 1.47" beresolusi 480p dan berkecerahan 600 nits. Kata Xiaomi, ini adalah jam tangan dengan bingkai ternipis pernah mereka hasilkan dengan nisbah badan kepada paparan setinggi 72.7%. Untuk keselamatan, panel paparan ini dilindungi kaca nilam yang tahan calar.

image is not available

Watch S1 Pro diperkasa sistem operasi hasilan sendiri Xiaomi, MIUI Watch. Sekiranya fungsinya sama seperti model di China, ada pelbagai aplikasi pihak ketiga boleh dipasang padanya seperti aplikasi permesejan, navigasi GPS, dan banyak lagi untuk mempermudah urusan harian anda.

image is not available

Ia berhubung ke luar menggunakan sambungan Bluetooth ataupun Wi-Fi. Antara ciri menarik adalah seperti panggilan seuara terus daripada pergelangan tangan dan mendengar muzik melalui speaker terbina.

image is not available

Ia juga sarat dengan ciri menjejak kecerdasan. Lebih daripada 100 jenis sukan boleh dicerap melalui sejumlah sensor yang terkandung dalamnya. Ia boleh mengukur info seperti denyutan nadi, paras kepekatan oksigen dalam darah, dan lebih menarik ia mampu menyukat suhu permukaan kulit si pemakainya.

image is not available

Apabila perlu menjejak lokasi, ia menerima isyarat satelit GNSS secara dwifrekuensi untuk bacaan lokasi lebih jitu.

Kesemua fungsi ini dimungkinkan dengan sebuah tangi bateri 500mAh yang katanya boleh bertahan sehingga 14 hari lamanya bergantung kepada pola penggunaan. Mengecas penuh bateri ini mengambil masa kira-kira 85 minit berdasarkan ehalaian spesifikasi.

Harga Xiaomi Watch S1 Pro diumum seperti berikut di MWC 2023:

  • Badan hitam dengan tali getah – EUR299 (RM1,403)
  • Badan perak dengan tali kulit – EUR329 (RM1,543)

Bacaan berkaitan