Xpeng sedia memposisikan jenama sebagai salah satu penyedia kenderaan elektrik premium, dan mula memasarkan kenderaan mereka di luar China. Tidak setakat itu, untuk tahun ini, Xpeng turut akan melakukan pelaburan tinggi dalam arena kereta terbang.

Menurut CEO Xpeng, syarikat berkenaan menyasarkan industri kereta terbang sendiri bersaiz lebih besar daripada industri kereta elektrik dalam tempoh dua dekad lagi. Ini secara tidak langsung memperlihatkan industri kereta terbang akan lebih besar berbanding kenderaan di darat.
Untuk tujuan ini, Xpeng sedang membangunkan kilang di Guangzhou dengan kapasiti pengeluaran lebih 10,000 kenderaan terbang setahun, apabila ia beroperasi sekitar 2026 kelak.
Langkah ini juga turut memperlihatkan China menerajui arena pengangkutan berbanding negara lain, termasuk dari segi penawaran kenderaan swapandu, kereta elektrik dan turut telah melihat ke arah pemasaran kereta terbang. Selain itu, China juga turut memfokuskan pengeluaran robot yang dijangka akan dikomersilkan lebih meluas bermula tahun ini.

