XRP Melonjak 15%, Nilai Pasaran Naik $9 Bilion Dalam Sehari!

Business & Finance
21 Aug 2026 • 3:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

XRP Melonjak 15%, Nilai Pasaran Naik $9 Bilion Dalam Sehari!

XRP melonjak hampir 15% pada 20 Ogos apabila sentimen positif kembali menguasai pasaran kripto, disokong oleh penurunan hasil bon AS, short squeeze serta sokongan politik terhadap aset digital.

Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada AS$1.3138 positif 3.64% sejak pembukaan sesi Asia pada Jumaat.

XRP meningkat daripada sekitar AS$0.99 kepada AS$1.15, manakala nilai pasaran XRP melonjak daripada kira-kira AS$63.08 bilion kepada AS$72.27 bilion, menambah lebih AS$9 bilion dalam tempoh 24 jam.

Pasaran Kripto Kembali Mendapat Momentum

Pengukuhan XRP berlaku susulan perkembangan dalam pasaran bon AS apabila U.S. Treasury mengumumkan peningkatan pembelian semula bon jangka panjang.

Langkah tersebut dijangka memberi tekanan kepada hasil bon, sekali gus meningkatkan daya tarikan aset berisiko termasuk mata wang kripto.

Bitcoin turut melonjak sekitar 11%, manakala keseluruhan nilai pasaran kripto meningkat hampir 10%.

Dalam tempoh sama, lebih AS$1.57 bilion posisi kripto dilikuidasi, mencetuskan short squeeze yang membantu mempercepatkan kenaikan harga.

Sokongan Trump Beri Sentimen Tambahan

Sentimen terhadap XRP turut mendapat sokongan daripada perkembangan politik di Amerika Syarikat (AS).

Presiden Donald Trump pada 19 Ogos menyeru Kongres supaya meluluskan CLARITY Act, rang undang-undang yang dilihat penting dalam membentuk rangka kerja kawal selia aset digital di AS.

Perkembangan tersebut dijangka meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek industri kripto, khususnya ketika pasaran semakin mengharapkan peraturan yang lebih jelas.

XRP Bangkit Selepas Tekanan Panjang

Kenaikan terbaru itu menjadi perubahan ketara selepas XRP mengalami tekanan hebat sepanjang tahun ini.

XRP sebelum ini susut sekitar 65% daripada paras tertinggi Januari 2026 pada AS$3.40 dan turut menguji paras psikologi AS$1.00 pada awal Ogos.

Dalam tempoh sama, aliran masuk ETF XRP turut merosot dengan ketara, menyebabkan tekanan jualan semakin meningkat.

Namun, pemulihan pasaran kripto pada 20 Ogos mengubah momentum tersebut apabila spot Bitcoin ETF merekodkan kira-kira AS$517 juta aliran masuk bersih.

Paras AS$1.13 Jadi Perhatian

Dari sudut teknikal, paras AS$1.13 kini menjadi kawasan penting untuk XRP.

Penutupan kukuh di atas paras tersebut berpotensi membuka ruang kepada XRP untuk menguji AS$1.17 dan AS$1.22.

Sebaliknya, jika harga kembali jatuh di bawah AS$1.08, momentum kenaikan dijangka mula melemah.

Walaupun sentimen derivatif masih positif dengan posisi long merangkumi sekitar 73.34% berbanding 26.58% posisi short, dominasi posisi long turut meningkatkan risiko pembetulan sekiranya momentum pasaran kembali pudar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved