iQOO Mengacah Rekaan iQOO Neo3 5G – Modul Kamera Segi Empat & Skrin Berlubang

TechnologyDigital
17 Apr 2020 • 11:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
iQOO Neo adalah peranti mercu mampu milik yang yang pada asalnya memfokuskan kepada gaming. Namun, mungkin sebab peranti gaming tidak mempunyai ramai peminat berbanding dengan peminat peranti harian biasa – iQOO telah mengubah fokus mereka untuk hanya hadir dengan sebuah pembunuh peranti mercu. Peranti terkini mereka yang bakal dilancarkan adalah iQOO Neo3 5G. Ia dijana dengan cip Snapdragon 865, mempunyai skrin 144Hz dan juga storan UFS 3.1.

Terkini, iQOO telah mengacah serba sedikit rekaan peranti baharu mereka ini. Ia memperlihatkan panel belakang warna cerun biru hitam yang ranggi, menggunakan modul kamera segi empat dan juga menggunakan rekaan skrin berlubang. Bukan itu sahaja, iQOO turut menyatakan yang Neo3 5G ini akan mempunyai sistem pembesar suara dengan sokongan audio HiFi, mempunyai ruangan audio 1.05cc untuk menguatkan lagi hasil audio. Masih tiada butiran lanjut mengenai peranti ini, tetapi apa yang pasti adalah harga jualan pasti akan membunuh peranti mercu lain.