[VIDEO] Tular video lelaki tua menangis di riba isteri sakit di hospital

Entertainment
8 Nov 2019 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

FITRAH manusia hidup berpasang-pasangan dan sentiasa ingin diberikan perhatian oleh insan yang kita sayangi.

Cerita tentang kasih sayang tidak semestinya melalui foto-foto romantis atau video sambutan ulang tahun perkahwinan di tempat-tempat istimewa sahaja.

Namun kisah kasih sayang sebenar ialah apabila kita ada bersama pasangan di saat kesusahan dan kesakitan yang dialami jua.

Mungkin inilah momen yang menyentuh hati netizen apabila video seorang lelaki warga emas dilihat menangis di riba isterinya yang jatuh sakit di katil hospital.

Video berdurasi 14 saat yang dimuat naik satu kumpulan itu tular di laman sosial Facebook.

Video tersebut memaparkan seorang isteri yang berada di katil sebuah hospital dilihat mengusap-usap kepala suaminya yang menangis sambil memeluk buah hatinya itu.

"Saya berharap saya akan jumpa seseorang yang boleh mencintai dan menyayangi saya seperti ini," kata-kata yang dimuat naik berserta video itu.

Khelf Rama pula menulis "saya harap akan jumpa seseorang yang mencintai dan menyayangi saya seperti ini. Mereka telah membuatkan hati ini sebak melihat kekuatan cinta mereka,".