“Ya Aku Koyak” – Aliff Teega Bidas Tuduhan Libatkan Bapa Aisyah Hijanah

Entertainment
3 Aug 2026 • 10:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh media sosial, Alif Teega tampil bersuara selepas isterinya, Aisyah Hijanah, dikaitkan dengan satu dakwaan berat oleh netizen.

Alif mempersoalkan dakwaan tersebut dan bertanya bagaimana jika apa yang ditulis itu sebenarnya fitnah.

“Lama sangat ni aku mendiam” – Alif

Tambahnya lagi, dia sudah lama berdiam diri apabila pelbagai tuduhan dikaitkan dengan isterinya termasuk dakwaan bapa Aisyah Hijanah seorang pengganas.

alif teega

Dalam kapsyen sama, Alif berkata dia kini sudah berada di fasa tidak kisah jika ada pihak membencinya.

Menurut Alif, dia tidak mempunyai masalah jika orang tidak menyukainya. Namun, keadaan menjadi berbeza apabila dakwaan yang dibuat sudah dianggap melampau.

Akan cari siapa ‘palatao’ sampai lubang cacing

Dia berkata, apabila sesuatu perkara sudah keterlaluan, dia perlu bersuara dan tidak mahu lagi terus berdiam diri.

aisyah hijanah

Aliff juga mengakui mungkin ada pihak yang akan menganggap dirinya ‘koyak’ selepas dia bersuara mengenai isu ini.

Tapi dia tidak mahu lagi mendiamkan diri, lebih-lebih lagi apabila merasakan dirinya masih mampu mengambil tindakan.

The post “Ya Aku Koyak” – Aliff Teega Bidas Tuduhan Libatkan Bapa Aisyah Hijanah appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved