“Salah tetap salah” – Alif Teega Tampil Mohon Maaf, Mengaku Dah Jumpa JAKIM & Mufti Wilayah

3 Aug 2026 • 1:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 03T132915.624

Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi kesilapan penulisan ayat Al-Quran dan rujukan terjemahan di dalam buku tulisan isterinya, Aisyah Hijanah, bertajuk Wanita Syurga.

Menerusi hantaran terbaharu di media sosial, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani menepis dakwaan netizen kononnya mereka berdiam diri atau melarikan diri daripada mengambil tanggungjawab atas isu berkenaan.

Jelasnya, beliau dan pihak pengurusan telah mengambil langkah proaktif dengan berhubung serta bertemu sendiri dengan pihak autoriti agama bagi memberikan pencerahan penuh berhubung insiden tersebut.

Artikel berkaitan: Alif Teega & Aisyah Hijanah Mengaku Tidak Bersalah 10 Tuduhan Salah Guna Kutipan Derma RM1.6 Juta

Artikel berkaitan: Alif Teega Didakwa Salah Guna Lebih RM60K Infaq Korban, Iftar di Mekah, Syria & Palestin

Beri Penjelasan Kepada KDN, JAKIM & Mufti Wilayah

Menurut Alif, perjumpaan tersebut melibatkan beberapa pihak berkepentingan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Selain pihak berkuasa agama, beliau turut memaklumkan sudah memberi penjelasan lanjut kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung isu penulisan naskhah berkenaan.

 

View on Threads

 

“Yang kata saya berdiam diri sejak isu ayat Quran tersebut, saya secara proaktif berjumpa dengan autoriti agama, JAKIM dan Sohibus Samahah Mufti Wilayah.

Dan saya beri penjelasan juga pada KDN tentang bagaimana isu ini boleh berlaku. Ya, salah tetap salah, dan kami mohon maaf,” katanya.

Isteri Akui Kecuaian, Penjualan Buku Ditarik Balik

Terdahulu, tular di media sosial pendedahan beberapa pengguna mengenai ketidaktepatan rujukan ayat Al-Quran, terjemahan, serta nombor surah di dalam buku karya Aisyah Hijanah.

Aisyah sebelum ini secara terbuka memohon maaf dan mengakui kecuaian pihak penerbitan dalam membuat semakan (proofreading) sebelum buku tersebut dicetak, meskipun karya berkenaan turut melibatkan khidmat penulis upahan (ghostwriter).

Sebagai langkah bertanggungjawab, pihak mereka telah menghentikan jualan serta merta dan menarik balik edisi fizikal buku berkenaan daripada pasaran.

Menerusi hantaran sama, Alif secara terbuka mengakui kekhilafan mereka tanpa bersikap berdolak-dalik, namun dalam masa sama meluahkan rasa terkilan apabila isu ini mula dicampuradukkan dengan perkara lain yang tidak berkaitan.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved