“Ya Allah I’m so lost, ampuni aku” – Mawar Rashid Akui Sedang Berjuang, Padam Foto ‘Freehair’

Entertainment
20 Oct 2023 • 3:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, imej terbaharu pelakon Mawar Rashid telah mendapat perhatian, Imej terbarunya tidak lagi berhijab itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Disebabkan itu, Mawar sebelum ini ada membuat kenyataan berhubung dengan tindakannya menukar imej itu.

Namun begitu, baru-baru ini, Mawar dilihat telah memadam kesemua gambarnya yang kembali freehair. Malah, Mawar juga ada muat naik satu perkongsian di IG Story (yang kini telah tamat tempoh) dengan kata-kata doa untuk kuatkan diri sendiri.

“Ya Allah ya tuhanku, tolong bawa balik diriku yang lama. Aku dah tersasar, aku tersasar di dunia ini. Aku sedang berjuang dan terus berjuang. Tolong doakan aku.”

image is not available

Malah dalam satu perkongsian terkini Mawar di Instagram, dilihat Mawar menunjukkan dirinya sedang membuat sambutan hari ulang tahun dengan imej bertudung.

Dalam pada itu, bedasarkan pemerhatian kami, Mawar dilihat telah menutup ruangan komen dalam perkongsiannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sebelum ini, Mawar ada bersuara bagi menjawab segaja tohmahan netizen dengan menyatakan bahawa dia sudah cuba untuk istiqomah tapi gagal.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved