‘Ya Allah, mana suara aku ini? Setiap kali show, hilang’

EntertainmentMusic
3 Aug 2026 • 10:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ya Allah, mana suara aku ini? Setiap kali show, hilang’

PETALING JAYA – Penyanyi rock Aweera meluahkan kekecewaan selepas sering dibelenggu masalah kehilangan suara setiap kali menjayakan persembahan pentas.

Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham, 35, berkata, keadaan tersebut mencetuskan kemusykilan kerana hanya berlalu ketika memenuhi undangan persembahan.

“Ya Allah, mana vokal aku ini? Setiap kali ada ‘show’, hilang suara. Tak ada show (persembahan), okey sahaja,” katanya dalam hantaran Instagram Story.

Menurut penyanyi yang sinonim dengan lagu nada tinggi itu, vokalnya kini bukan lagi melambangkan dirinya yang sebenar.

“Aku benci vokal aku sekarang. Ini bukan aku!” katanya.

Tertekan dengan masalah tersebut, vokalis Mojo itu turut mengakui terfikir mahu mengundurkan diri dari dunia nyanyian.

“Benda ini yang buat aku rasa nak ‘retire’ (bersara). Serius aku cakap,” ujarnya.

Pada Mei lalu, vokalis kumpulan Mojo itu mendedahkan masih menerima rawatan selepas mengalami masalah pada pita suaranya sebelum ini.

Aweera memaklumkan dia turut mengikut nasihat doktor termasuk menjalani vokal terapi agar keadaannya kembali pulih. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Ya Allah, mana suara aku ini? Setiap kali show, hilang’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved