“Ya Memang Saya Gagal Berkali Dalam Rumahtangga” – Penyanyi Ini Nafi Sondol Suami Orang

EntertainmentOpinion
13 Feb 2025 • 10:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
thalia mentor

Penyanyi program realiti, Thalia Mentor akhirnya tampil menjelaskan isu yang dikaitkan dengan dirinya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, penyanyi ini berkata, dia bukanlah punca pergolakan rumah tangga orang lain sebaliknya menjadi mangsa keadaan.

image is not available

Malah, Thalia sendiri sudah mengenalpasti individu yang menyebarkan tuduhan tersebut. Dakwa Thalia, individu tersebut adalah isteri kepada kenalan rapatnya yang tidak berpuas hati bakal diceraikan.

Dakwa Thalia, penceraian adalah disebabkan sikap si isteri dan masalah rumah tangga yang langsung tiada kena mengena dengan dirinya.

image is not available

Dakwanya lagi, pasangan berkenaan sudah dua kali berpisah sebelum ini dan permohonan cerai kali ini adalah yang ketiga.

Si isteri dikatakan tidak dapat menerima hakikat dan cuba meletakkan kesalahan ke atas orang lain serta menuduh suami curang.

image is not available

Dalam hantaran di Instagram Story, penyanyi ini turut menyertakan borang permohonan cerai di mana rakannya menyenaraikan beberapa sebab mahu berpisah.

Apa yang jelas, dia bukanlah punca kepada perpisahan tersebut.

image is not available

Dakwa Thalia, si isteri tidak henti menuduhnya sebagai penyondol sehingga sanggup menggunakan cara kotor dengan niat mahu menjatuhkan imejnya.

Awak menang sebab saya berada di masa dan tempat yang tak sesuai ketika itu dan awak dah menang.

Penyanyi ini berkata lagi, peguamnya sedang memantau mana-mana pihak yang meninggalkan komen, menyebarkan aib dan fitnah untuk diambil tindakan undang-undang.

image is not available

image is not available

image is not available

Di akhir hantaran, Thalia mengaku berkali-kali gagal dalam rumah tangga seperti yang tersebar. Namun, Thalia tidak pernah melayani suami terdahulu seperti pengemis malah dia menjaga makan pakai mereka dengan baik.

Thalia mengaku tidak bernasib baik dalam perkahwinan namun ianya bukanlah berpunca daripada sikapnya. Dia juga mengaku mempunyai anak dan bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan Allah SWT.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Thalia Mentor


The post

appeared first on

.