Penyanyi Wanita Ditangkap Khalwat Ini Rupanya Ada Anak Dan Pernah Bercerai Beberapa Kali!

EntertainmentMusic
13 Feb 2025 • 5:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Penyanyi berkhalwat suami orang

Seorang penyanyi wanita yang juga bekas peserta program realiti muzik popular 2010 dikatakan telah ditangkap khalwat bersama seorang lelaki berstatus suami orang pada Selasa lalu.

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi itu pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini dan mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.

Dia pernah beberapa kali gagal dalam perkahwinan. Dia turut mempunyai anak.

JAIS sahkan penyanyi wanita ditangkap khalwat

image is not available

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan tangkapan khalwat itu tetapi memilih untuk tidak mendedahkan identiti penyanyi tersebut bagi menjaga aib individu yang terlibat.

Jais mengesahkan tangkapan khalwat berlaku membabitkan selebriti, namun kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi individu yang ditangkap.

Nama Nadeera Zaini tiba-tiba dikaitkan?

image is not available

Nama penyanyi Nadeera Zaini tiba-tiba menjadi sebutan di media sosial apabila ramai yang menyangka dia adalah individu yang ditangkap khalwat itu.

Namun, pengurusnya, Acap tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa Nadeera sedang sibuk menjalani latihan dan sesi fitting baju untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39.

Tiada sebarang komen daripada Nadeera kerana itu bukan dirinya. Semalam, Nadeera ada latihan dan ‘fitting’ baju, jadi tak mungkin dia kena tangkap.

Berita ini bagaimanapun telah mengganggu fokus Nadeera untuk AJL 39, kerana ramai yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.

#ApaKataOhmedia

Jangan cepat percaya dengan khabar angin tanpa bukti yang sahih. Sebarang tuduhan boleh mengaibkan seseorang dan menjejaskan kehidupan mereka!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.