Yahoo Membuang Sejumlah Pekerja Engadget – Akan Mengubah Fokus Laman

TechnologyDigital
23 Feb 2024 • 9:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Engadget merupakan salah satu laman media memfokuskan teknologi dan gajet yang terkemuka untuk hampir 20 tahun. Untuk makluman, syarikat miliknya telah diambil-alih dan melalui penstrukturan, dimana kini Engadget beroperasi dibawah Yahoo.

image is not available

Terbaru, selari dengan pelbagai syarikat mengumumkan pengurangan pekerja, Yahoo turut tidak ketinggalan dan mengumumkan akan membuang sekitar 10 orang pekerja di Engadget. Pada masa yang sama, fokus laman berkenaan juga akan distruktur kembali.

Bergerak ke hadapan, pasukan editorial akan dibahagikan kepada dua, iaitu satu memfokuskan kepada berita dengan sasaran meningkatkan trafik ke lama. Satu lagi bahagian akan memfokuskan ulasan dan tips pembelian, dengan sasaran meningkatkan pendapatan edagang.

Ini sekaligus memperlihatkan Engadget akan lebih memfokuskan kepada trafik, SEO, serta pendapatan affiliate bergerak kehadapan. Sebelum ini, terdapat beberapa syarikat media turut mengambil langkah sama, sekaligus membawa kepada populariti yang semakin berkurangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved