'Yakin bulan purnama di Kelantan'

Politics
27 Jul 2023 • 10:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Amar (kiri) pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU DUN ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah yakin parti itu mampu menyapu bersih semua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

"Bagaimanapun, suka saya ingatkan kita tidak boleh terlalu yakin.

"Sebaliknya perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pas pada PRN nanti," katanya semasa berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU DUN ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata, parti itu yakin mampu mempertahankan pentadbiran di Terengganu dan Kedah.

Ujarnya, selain itu beliau optimis Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang cerah untuk merampas Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved