Yakin Kata Lin Dan Pemain Badminton Negara, Netizen Persoal Pengetahuan Am Jofliam

Entertainment
2 Sep 2025 • 5:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu perkongsian daripada pempengaruh dan usahawan, Jofliam dilihat mendapat tumpuan netizen setelah dia dengan tidak sengaja memberikan satu kenyataan yang menjadi buah mulut warganet di media sosial.

Lin Dan, pemain badminton negara – Jofliam

Dalam perkongsian itu, dilihat Jofliam menghantar kedua-dua anaknya ke sekolah dan Han yang sedang menarik roda sekolah itu dilihat turut menyandang beg badminton.

Oleh itu, Jofliam menyatakan gaya anaknya itu persis pemain badminton nombor satu negara, namun dia menyebut nama Lin Dan yang merupakan bekas pemain China.

Ia sekaligus mengundang persoalan netizen terhadap ilmu pengetahuan am Jofliam dan ada juga yang terhibur dengan kenyataan tersebut. Namun begitu, ada di kalangan netizen yang mengatakan mungkin Jofliam tidak menyatakan ayatnya dengan penuh kerana tidak menyebut nama negara pemain badminton tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Di samping itu, ada netizen yang memberikan satu kenyataan sinis bahawa dirinya sebagai rakyat Malaysia menganggap Datuk Lee Chong Wei tetap pemain badminton nombor satu negara.

Sumber : Thread

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.