Yamaguchi Kini CEO Baharu Isuzu Malaysia

LocalBusiness & Finance
28 Apr 2025 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Isuzu Malaysia telah melantik Tomoyuki Yamaguchi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, pada 24 April lalu.

Yamaguchi telah menggantikan tempat Shunsuke Okazoe yang telah kembali ke Jepun untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden, Bahagian Jualan Jepun, Isuzu Motors Ltd.

Sedikit latar belakang mengenai Yamaguchi, beliau sebenarnya merupakan graduan Universiti Toyo. Beliau mula menyertai Isuzu Motors pada 1997 dan memulakan kerjayanya dengan ditugaskan di Jabatan Operasi Antarabangsa yang menguruskan pasaran seperti Rusia dan Ukraine.

Bertitik tolak dari situ, beliau terus terlibat menguruskan pasaran di negara-negara CIS dan beberapa pasaran Asia Barat Daya untuk lebih 10 tahun sebelum dipinjamkan ke Isuzu Motors Afrika Selatan di mana beliau bertanggungjawab mengembangkan perniagaan kenderaan perdagangan Isuzu di sana.

image is not available

Bagaimanapun, Yamaguchi mengakui walaupun ditugaskan ke Malaysia, beliau menyedari kematangan perniagaan serta kukuhnya Isuzu sudah bertapak di sini walaupun dalam tempoh 20 tahun.

“Isuzu Malaysia terus menjadi model cemerlang di gelanggang global. Operasi di sini telah mewujudkan kelompok pelanggan setia yang menghargai ketahanan dan keupayaan kenderaan Isuzu.

"Ini selari bagi mewujudkan pelanggan sepanjang hayat bagi jenama ini dankami perlu memastikan pengalaman positif dapat disalurkan kepada setiap pelanggan. Saya berharap dapat bekerjasama erat dengan pasukan dan pengedar kami untuk membawa kepuasan pelanggan ke tahap yang baharu,” katanya.