
Kuala Lumpur, 13 September 2025 – Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan Yamaha NVX baharu di Malaysia bersempena acara Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY) Season 16 Kick-Off, di mana HLYM turut menjadi Rakan Rasmi Motosikal.
Model ini hadir dengan dua varian iaitu NVX ABS (RM11,998) dan NVX SP premium (RM14,498), masing-masing menawarkan kombinasi praktikaliti dan ciri teknologi terkini.
NVX SP menampilkan dua mod tunggangan iaitu Town Mode (jimat minyak) dan Sport Mode (respons pantas), selain sistem Turbo Y-Shift dengan tiga tahap kawalan pecutan (YECVT).
Kedua-dua varian dilengkapi dengan Yamaha Y-Connect untuk sambungan telefon pintar, manakala versi SP menambah paparan TFT cockpit tiga mod serta navigasi Google Maps.
Dari segi keselamatan, NVX baharu didatangkan dengan ABS, TCS, ESS, brek cakera depan-belakang serta rangka baharu lebih kukuh. Untuk kemudahan, ia dilengkapi dengan keyless start, sistem berhenti-mula automatik, dan port pengecasan USB-C.
NVX baharu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai 15 September.
Maklumat lanjut boleh kunjungi Pengedar Yamaha yang berdekatan Yamaha Motor Malaysia – Cari Pengedar


























The post Yamaha NVX 2025: Skuter Automatik dengan Pilihan Varian ABS & Premium SP, Harga Dari RM11,998 appeared first on TW Media.
