Yamaha sahkan kemunculan enjin V4 di GP San Marino

25 Aug 2025 • 11:29 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Selepas berakhirnya Grand Prix Hungary, Yamaha akhirnya mengesahkan penampilan sulung enjin V4 yang dinanti-nantikan akan berlangsung di GP San Marino September ini. Ujian sulung jentera prototaip tersebut akan dikendalikan oleh pelumba ujian, Augusto Fernandez, pada pusingan ke-16 musim ini sebagai pelumba wildcard, menjadi detik bersejarah buat legasi Yamaha dalam MotoGP.

Enjin V4 ini pertama kali disahkan pembangunannya pada September tahun lalu sebelum melalui beberapa siri ujian, termasuk di Litar Ricardo Tormo dan Litar Barcelona-Catalunya awal tahun ini. Langkah ini menjadi simbol penting dalam transformasi Yamaha yang selama ini sinonim dengan konfigurasi enjin inline-4.

Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Paolo Pavesio, mengumumkan berita tersebut di media sosial:

“Saya ada berita penting untuk dikongsi. Untuk Misano, kami menyasarkan Augusto Fernandez akan berlumba menggunakan prototaip M1 baharu dengan enjin V4 buat kali pertama. Ini adalah pratonton yang sangat penting dan tanda komitmen kami terhadap masa depan, sambil terus berusaha mendapatkan yang terbaik pada setiap hujung minggu perlumbaan.”

Kemunculan enjin V4 ini dijangka membuka lembaran baharu buat Yamaha, dengan ramai peminat dan pemerhati MotoGP menantikan bagaimana ia mampu bersaing dengan pengeluar lain yang sudah lama menggunakan konfigurasi tersebut.

View Original Article