Yang cukup fizikal, mampu berjalan laju, tolonglah jangan guna tandas OKU – Sharifah Sakinah

10 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Yang cukup fizikal, mampu berjalan laju, tolonglah jangan guna tandas OKU – Sharifah Sakinah

PETALING JAYA: Pelakon, Sharifah Sakinah menegur sikap sesetengah pihak yang sesuka hati menggunakan tandas awam bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) meskipun tiada sebarang masalah kesihatan dan fizikal.

Menurut Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 37, dia kesal apabila terpaksa berhadapan dengan situasi sedemikian disaat perlu berkerusi roda demi menjaga proses pemulihan kaki kirinya.

“Yang cukup fizikal dan mampu berjalan laju, tolonglah jangan suka-suka hati masuk tandas OKU. Sikit lagi aku mahu kencing di kerusi roda,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam masa sama, pelakon filem Tiket Sehala itu turut menyifatkan individu yang sanggup berbuat demikian bertindak secara tidak wajar dan penting diri lebih-lebih lagi apabila memiliki keupayaan fizikal yang sempurna.

“Lepas itu keluar, manusia normal yang boleh berjalan laju,” tulisnya.

Sebelum ini, Sakinah memaklumkan dirinya mengalami kecederaan pada bahagian buku lali kaki sebelah kiri selepas terjatuh di rumahnya dan memilih untuk berkerusi roda sepanjang tempoh pemulihan.

Sakinah turut memaklumkan dia sepatutnya menjalani proses pembedahan dan fisioterapi, namun enggan melakukannya kerana terikat dengan komitmen kerja yang sangat padat.

The post Yang cukup fizikal, mampu berjalan laju, tolonglah jangan guna tandas OKU – Sharifah Sakinah appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved