Yang dah kahwin pun tak ‘comolot’ kat public

19 Oct 2026 • 4:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Yang dah kahwin pun tak ‘comolot’ kat public

PETALING JAYA – Sepasang kekasih menerima kecaman ramai apabila didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh secara terang-terangan di dalam sebuah kafe sekali gus tidak menghiraukan kehadiran pelanggan lain.

Menerusi hantaran dimuat naik seorang pengguna Thread, dia berkongsi video dan gambar pasangan tersebut yang didakwa tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai.

“Dahlah student (pelajar), selepas tu ‘comolot’ (bercium) kat tempat awam. Tempat ramai orang pun berani nak buat. Yang dah kahwin pun, tak ‘comolot’ kat public (tempat awam) lah,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk orang ramai yang turut mengecam perbuatan kedua-dua individu tersebut.

“Berkelakuan sumbang di khalayak merupakan satu jenayah. Pemilik video, pemilik premis atau netizen boleh buat laporan polis kalau nak couple (pasangan) tersebut dikenakan tindakan.

“Muslim atau bukan muslim, dua-dua (pasangan) tertakluk kepada undang-undang sivil (bukan Islam) dan syariah. Ini Malaysia bro,” komen seorang individu di ruangan komen.

“Kalau saya, budak-budak tu kena jerit dah. Depan orang nak cium, pergi tempat lain, tak malu ke?,” komen individu lain.

“Muka masing-masing letak mana la ye? Aku nak bercakap kuat kat public (awam) pun malu. Ni pula nak buat benda macam ini,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

The post Yang dah kahwin pun tak ‘comolot’ kat public appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved