Yang di-Pertuan Agong Kurniakan Kereta Proton X90 Kepada Ketua Polis & Pegawai Istana Negara

9 Mar 2024 • 12:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai tanda mengiktiraf sumbangan dan khidmat cemerlang, Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Ibrahim telah mengurniakan kereta Proton model X90 kepada Razarudin Husain yang merupakan Ketua Polis Negara.

image is not available

Kereta Proton itu bukan sahaja dikurniakan kepada Ketua Polis, malah ia turut dikurniakan kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat di Istana Negara.

image is not available

Pengurniaan kereta sebagai tanda mengiktiraf sumbangan dan khidmat cemerlang itu bukanlah sesuatu yang asing kerana menurut satu kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda sebelum ini pernah mengurniakan kereta kepada pasukan PDRM pada tahun 2010.

Pada tahun tersebut, baginda telah mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar.

Selain itu, pada tahun 2020 pula, baginda pernah mengurniakan 10 kereta Myvi kepada staf jururawat yang berkhidmat di wad diraja hospital di Johor Bahru.

Tidak dilupakan juga ketika tahun 2021, tiga orang doktor juga telah dikurniakan kereta Proton X70 sebagai tanda menghargai jasa dan dedikasi mereka ketika berkhidmat dalam pasukan perubatan Istana Johor.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong telah mengurniakan sumbang-sumbangan menerusi Yayasan Diraja Johor.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.