“Yang jaga Musa bibik, kau pergi dating” – Noh Salleh Tampil Pertahankan Diri

Entertainment
6 Feb 2024 • 3:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas Mizz Nina dan suaminya, Essam Muhammad mendedahkan keadaan Musa yang dikatakan trauma apabila dibawa lari oleh Noh Salleh, kini penyanyi lagu Angin Kencang itu tampil mempertahankan diri dan menceritakan hal sebenar.

Musa happy dengan Noh, Mizz Nina yang sebabkan trauma

image is not available

Menurut mStar yang menemu ramah Noh Salleh, dia berkata Musa dalam keadaan yang baik ketika dalam jagaanya walaupun dalam tempoh yang singkat. Noh menjelaskan, trauma yang dihadapi Musa itu adalah disebabkan bekas isterinya, Mizz Nina.

Hanya orang yang hebat jaga Musa sahaja yang boleh buat dia gembira. Selama tiga minggu dengan kami, bangun tidur dengan kita, dia sangat gembira. Saya tak pernah tengok muka Musa gembira seperti itu.

Musa dijaga oleh bibik?

image is not available

Tambah Noh, Mizz Nina tidak menjaga Musa dengan baik dan meninggalkan kanak-kanak itu ketika pergi dating. Sebaliknya, Musa dijaga oleh pembantu.

Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tak pernah jaga dia, tinggal pergi dating, Amerika Syarikat. Yang jaga Musa bibik. Trauma tu bawah jagaan dia.

Noh Salleh juga memberitahu dia sanggup menggadaikan nyawa demi melindungi dan berjumpa dengan anak angkatnya. Dia juga akan melalui prosedur dan undang-undang yang ditetapkan oleh mahkamah serta tidak membuat fitnah di media sosial.

Tidak seperti mereka, tak tahu kenapa keluar kenyataan kata culik (Musa). Saya akan ikut undang-undang, saya tidak mahu rakus.

Walaupun Nina telah menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Noh tetap akan membuat permohonan untuk melawat Musa.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.