“Yang ketuk saya sorang je, jgn gaduh2” – Kamal Adli ‘Update’ Keadaan Terkini, Sempat Titip Nasihat

Entertainment
14 Mar 2023 • 2:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada Ahad lepas, pelakon Kamal Adli telah diserang oleh seorang lelaki tak dikenali menggunakan cota sehingga dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, wajah dan badan ketika menyertai Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura.

Ekoran serangan ini, Kamal telah mengalami luka sedalam tiga sentimeter dan menerima empat jahitan di bahagian kulit kepala selepas dibawa ke Hospital Besar Changi Singapura.

Sebentar tadi menerusi Instagram peribadi, Kamal telah memuat naik gambar terkininya serta turut memberitahu pengikutnya bahawa dia kini berada dalam keadaan stabil dan masih bergantung kepada beberapa jenis ubat-ubatan.

Salam.. alhamdulillah alhamdulillah amin Kamal semakin stabil tapi masih under medication untuk tahan sakit dan nanah dan lebam lebam dibadan dan dijaga isteri saya.”

Selain itu, Kamal turut mengucapkan terima kasih di atas doa yang dititipkan orang ramai ke atasnya serta artis-artis dan orang-orang di tempat kejadian yang telah membantunya ketika insiden tersebut terjadi.

image is not available

Terima kasih atas doa kalian especially artis-artis di booth dan juga orang-orang malaysia singapore yang tolong Kamal.”

Di posting yang sama, pelakon ini juga turut menasihati orang ramai untuk menjaga keselamatan serta meminta agar netizen tidak bergaduh sesama sendiri disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Cuma Kamal harap semua org tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu sapa suka atau benci kita.

“Yang ketuk saya sorang je buka satu Singapore. Jangan gaduh-gaduh.”

Pelakon ini turut meminta orang ramai untuk mendoakan isterinya Uqasha Senrose yang dikatakan masih lagi trauma selepas melihat sendiri insiden ngeri tersebut berlaku di hadapannya.

Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal issue ini. Saya sayang isteri saya.”

Untuk pengetahuan korang, sebentar tadi di Mahkamah Singapura, suspek yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid telah pun ditahan reman selama dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri dan akan ditahan di Institut Kesihatan Mental di sana.

Kita doakan Kamal cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini dan harapnya dia dan Uqasha terus kuat dan tabah.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.