
Adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat pernah menjadi tumpuan apabila timbul gosip bahawa dia sudah berkahwin dengan pemain legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin sebelum ia diakui oleh Fyna sendiri ketika menyertai Family Duo.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Zainal Abidin mengesahkan bahawa dia dan Fyna sudah bercerai namun dengan cara yang baik.
Artikel Berkaitan : “Memang tu saya & bekas isteri” – Zainal Abidin Perjelas Isu Video Keluar Makan Dengan Fyna Jebat
Artikel Berkaitan : “My mom did not ‘berdamai’” – Anak Dakwa Zainal Abidin Dah Ceraikan Fyna Jebat?
Disebabkan itu, baru-baru ini Xtra ada menemuramah Fyna yang tampil dengan imej baharu iaitu berambut pendek.
Ketika ditanya sama ada imej baharu itu ada kaitan dengan rasa sedih akibat perpisahan, Fyna menyangkal dengan mengatakan bahawa dia lebih selesa dengan imej tersebut dan menjelaskan bahawa dia sudah berambut pendek sejak dari dulu lagi.
Malah Fyna juga menyatakan bahawa kehidupan baharunya kini lebih tenang dan tidak mahu ungkit lagi dengan kisah lama, bahkan Fyna juga mengatakan hubungannya dengan bekas suami masih baik sebagai sahabat.
@xtra_my Orang kaitkan dengan cerita lama? Apa yang lepas tu, biarlah berlalu. Saya pun masih bersahabat dengan bekas suami – Fyna Jebat. #xtratonton #xtramy #artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news #familiduo #berduolebihbaik #fyp
Memerhati video tersebut, ia telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen. Mata mereka tertumpu kepada loket rantai yang dipakai oleh Fyna dengan aksara ‘Z’. Ada antara mereka membuat spekulasi jika ia ada kaitan dengan nama bekas suami.

Hurm, ala mungkin untuk calon lain kot atau ada lah tu maksud dia sendiri.
Sumber : TikTok, Berita Harian, mStar
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

