Comeback Tak Berjaya, Netizen Tebak ‘Teman Lelaki’ Punca Jualan Album Baru Hyuna Rendah

Music
11 May 2024 • 9:34 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Hyun-a telah kembali dengan album terbarunya, “Attitude”.

Baru-baru ini, jumlah jualan minggu pertama album terbaru Hyun-a telah dikeluarkan dan selepas statistik itu dihantar, netizen terkejut melihat betapa rendahnya jualan tersebut.

Meskipun jualan pada hari pertama dan kedua mencecah lebih 12 ribu album, jualan hari ketiga hingga keenam jatuh merundum dan separuh daripadanya tidak mencecah lebih 20 buah album.

Oleh kerana itu, ramai yang merasakan bahawa perkara ini berlaku disebabkan hubungan percintaannya bersama Jun-hyun bekas ahli BEAST.

Komen netizen,

  • 5 je yang terjual?
  • Saya merupakan peminat dia sebelum ini, tapi saya pilih untuk tak sokong dia sebab teman lelakinya.
  • Kerjaya dia dah berakhir.
  • Siapa suruh bercinta dengan lelaki seperti itu.
  • Dia kena tinggal peminat ke?

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.