‘Yang mereka sampaikan itu hanyalah pandangan supaya DLP untuk pengajaran Matematik & Sains diteruskan dalam bahasa Inggeris’ – Fahmi

6 Jun 2024 • 9:26 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

image is not available

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan pertemuan dengan Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, isu itu tidak bermaksud menghapuskan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Pandangan dan bantahan yang disampaikan adalah agar program DLP (dwi bahasa) untuk pengajaran Matematik dan Sains tetap diteruskan dalam bahasa Inggeris, seperti sebelumnya.

“Saya difahamkan isu berbangkit berkait bantahan PIBG (membabitkan 11 sekolah) mengenai dasar dua ‘language’ (dwi bahasa) atau DLP program bagi pengajaran Matematik dan Sains.

“Di sini (isu terbabit) bukan (bermaksud) dihapuskan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Yang mereka sampaikan itu hanyalah pandangan dan bantahan mereka supaya DLP diteruskan dalam bahasa Inggeris (seperti sebelum ini),” katanya memetik laporan dari Harian Metro, Khamis.

Fahmi juga menegaskan, beliau tidak mahu ada ana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu itu sehingga menimbulkan ketidakharmonian di kalangan masyarakat.

Sumber: Harian Metro