'Yang patut malu kamu' - Akmal Saleh selar Guan Eng isu festival muzik air

LocalPolitics
5 May 2026 • 3:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Akmal Saleh

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyelar kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkaitan festival muzik air di ibu negara baru-baru ini.

Menurutnya, Penasihat DAP itu sepatutnya berasa malu dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

"Yang patut malu ini adalah kamu dan geng-geng kamu. Tidak tahu bezakan budaya Malaysia dengan disko jalanan yang kamu banggakan.

"Patutlah level RM30 ringgit jer," tulisnya sebagai respon kepada kenyataan berkenaan.

Terdahulu, Guan Eng mendakwa ekstremis atau pelampau dalam Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas sepatutnya berasa malu apabila cuba menghasut dan memecahbelahkan orang awam menentang kejayaan festival berkenaan.

Katanya, program tersebut mencatatkan kejayaan selepas Malaysian Inbound Tourism Association menganggarkan kehadiran 180,000 pengunjung dan menjana hasil sebanyak RM200 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved