‘Yang patut malu kamu, tak tahu beza budaya Malaysia dengan disko jalanan’- Akmal Saleh selar Guan Eng

LocalPolitics
5 May 2026 • 4:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyelar kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berhubung festival muzik air yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

Beliau berkata, Penasihat DAP itu sepatutnya berasa malu dengan kenyataan yang dikeluarkan selain mendakwa ia gagal membezakan antara budaya tempatan dan hiburan yang disifatkan sebagai tidak sesuai.

“Yang patut malu ini adalah kamu dan geng-geng kamu. Tidak tahu bezakan budaya Malaysia dengan disko jalanan yang kamu banggakan.
“Patutlah level RM30 je,”katanya dalam hantaran Faceboook, hari ini.

Image from: ‘Yang patut malu kamu, tak tahu beza budaya Malaysia dengan disko jalanan’- Akmal Saleh selar Guan Eng

Terdahulu, Guan Eng dilaporkan mendakwa pihak yang mengkritik festival tersebut sebagai ekstremis atau pelampau, termasuk daripada Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan PAS, sepatutnya berasa malu kerana cuba menghasut serta memecahbelahkan masyarakat.

Beliau turut memaklumkan program berkenaan mencatatkan kejayaan selepas Malaysian Inbound Tourism Association menganggarkan kehadiran kira-kira 180,000 pengunjung dengan hasil mencecah RM200 juta.

Perbezaan pandangan itu mencetuskan reaksi pelbagai pihak dan terus menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: FB Akmal Saleh

 

View Original Article