“Yang Terlanjur Dalam Bilik Bermaksiat Tu Awak” – Nashkay Jawab Isu Kemelut Rumah Tangga Bersama Suami 64 Tahun?

LocalEntertainment
3 Feb 2025 • 9:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sebelum ini perkahwinan personaliti media sosial yang dikenali sebagai Nashkay bersama suami yang berumur 64 tahun sering menjadi perhatian susulan jarak umur mereka yang amat berbeza.

Tampil jawab isu kemelut rumah tangga

Terbaru, melalui platform TikTok, Nashkay atau nama sebenar, Siti Nur Nashrah tampil memuat naik satu hantaran seolah-olah mahu menjawab isu kemelut rumah tangga yang sebelum ini tular di platform berkenaan.

image is not available

Dalam hantaran tersebut, wanita itu seperti mahu mendedahkan bahawa suaminya berdua-duaan bersama wanita lain di dalam sebuah bilik.

Suami jahat, terlanjur dengan wanita lain?

Yang terlanjur, yang berdua dalam bilik bermaksiat tu awak. Cukup salahkan saya. Saya tahu saya bukan jahat macam awak.

Malah, menegeskan bukan dirinya bermain kayu tiga dalam perkahwinan yang dibina dan tidak mahu lagi dipersalahkan, Nashkay meminta agar suami, Kelana Shamsudin melepaskannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati atas ujian yang menimpa kepada wanita terbabit dan mendoakan agar dia kekal kuat hadapi dugaan ini.

image is not available

image is not available 7 months ago

"Kakak Ipar Selalu Pakai Baju Terdedah Di Rumah" - Isteri 'Tangkap' Suami Ada Hubungan Sumbang Mahram Dengan Kakak OKU