YANIS tawar saringan perkembangan kanak-kanak percuma, sedia 50 tempat

LocalFamily & Parenting
25 Nov 2026 • 4:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

YANIS tawar saringan perkembangan kanak-kanak percuma, sedia 50 tempat

SHAH ALAM, 25 NOV: Seramai 50 kanak-kanak berpeluang menjalani saringan perkembangan awal secara percuma menerusi Jelajah Akhir Saringan Perkembangan Awal Kanak-Kanak 2026 anjuran Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS).

Program itu dijadual berlangsung 5 Disember ini di Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Menerusi program berkenaan, ibu bapa berpeluang mendapatkan penilaian daripada pakar bagi mengenal pasti tahap perkembangan anak masing-masing.

YANIS menerusi hebahannya memaklumkan penyertaan terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh tahun yang mempunyai masalah lewat perkembangan.

Bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak terbabit mestilah pengundi Selangor.

Kanak-kanak berkenaan juga perlu memenuhi syarat iaitu belum pernah menjalani saringan atau menerima diagnosis daripada klinik kesihatan atau hospital.

“Setiap perkembangan anak itu penting. Lagi awal kita kenal pasti keperluan mereka, lagi cepat kita boleh bantu!” menurut YANIS menerusi Facebook.

Saringan berkenaan memberi peluang kepada ibu bapa mengenal pasti keperluan perkembangan anak dengan lebih awal.

Susulan penyertaan terhad kepada 50 kanak-kanak, ibu bapa digalakkan segera mendaftar dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster program.

Sebarang pertanyaan berhubung saringan itu boleh diajukan menerusi talian 011-2167 0972.

Image from: YANIS tawar saringan perkembangan kanak-kanak percuma, sedia 50 tempat
Foto Facebook Yayasan Insan Istimewa Selangor

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved