YaPEIM peruntuk RM2.7 juta bantuan Ihya Ramadan, Aidilfitri

5 Apr 2024 • 2:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Radzif (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada salah seorang pelajar.

image is not available
Mohd Radzif menyerahkan bantuan ‘food bank’ kepada salah seorang penerima.

image is not available
Program Ihya' Ramadan dan Aidilfitri 2024 anjuran YaPEIM yang berlangsung di Masjid Al- Husna, Bandar Sunway pada Khamis.

SHAH ALAM - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan RM2.7 juta bagi program Ihya Ramadan dan Aidilfitri YaPEIM untuk seluruh negara bagi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah YaPEIM, Ameer Ali Vali Mohamed berkata, peruntukan tersebut ialah bagi program ziarah Madani merangkumi sumbangan baju raya, sumbangan duit raya, tajaan majlis berbuka puasa, pemberian ‘food bank’ dan agihan juadah berbuka puasa.

“Sumbangan ini memberi manfaat kepada anak yatim, pelajar miskin B40, keluarga B40 dan golongan rentan. Ia diharap dapat membantu mereka terutama dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

“Selain itu, sumbangan ini juga sebagai tanda prihatin pihak YaPEIM yang tidak pernah melupakan nasib mereka yang memerlukan bagi meringankan beban hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Program Ihya' Ramadan dan Aidilfitri 2024 itu berlangsung di Masjid Al- Husna, Bandar Sunway pada Khamis dan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

Pada majlis itu, 40 pelajar dan 10 keluarga yang memerlukan menerima sumbangan masing-masing.

Mohd Radzif turut menyampaikan sumbangan duit raya sebanyak RM50 seorang kepada pelajar, bantuan ‘food bank’ bernilai RM100 dan duit raya RM100 kepada setiap keluarga.