Yasin Terkejut Ada Fake Akaun Menyamar Guna Nama ‘Yasin Sulalman’ - “Kalau Dia Buat Hal, Susah Juga Saya”

26 Nov 2026 • 5:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Yasin Terkejut Ada Fake Akaun Menyamar Guna Nama ‘Yasin Sulalman’ - “Kalau Dia Buat Hal, Susah Juga Saya”

Penyanyi, Yasin Sulaiman berharap orang ramai tidak tertipu dengan akaun palsu yang cuba menggunakan namanya di sosial media.

Menurut Yasin, akaun Threads tersebut menggunakan sedikit perbezaan dari segi ejaan iaitu ‘Yasin Sulalman’ dan sedang cuba untuk mencari pengikut baharu dari akaun peribadinya.

“Nama dia pun hampir dengan nama saya. Dia minta follower saya untuk follow back dia.

“Ramai yang hantar mesej kepada saya bertanya hal itu. Memang agak annoying juga apabila terima banyak mesej,” katanya.

Yasin ditemui ketika sidang media konsert Legenda Nasyid Malaysia yang berlangsung di Rabbani Event Hall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bagaimanapun, Yasin dalam masa yang sama bersyukur individu berkenaan tidak sempat melakukan sebarang aktiviti yang mendatangkan mudarat.

“Saya baru sedar pagi tadi (Rabu). Bila ramai yang tahu itu bukan akaun saya mereka terus report. Jadi akaun tersebut telah dihapuskan.

“Kalau dia buat hal susah juga saya,” ujarnya.

Terdahulu, Yasin memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Threads dan menjelaskan akaun berkenaan bukanlah miliknya.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, akaun tersebut mengguna nama Yasin Sulalman dan telah mengikut beberapa rakan Yasin di Instagram.

Dalam perkembangan lain, Yasin terlibat dalam konsert Legenda Nasyid Malaysia bersama dua lagi anggota Brothers.

Konsert Legenda Nasyid Malaysia akan berlansung pada 29 Mei 2027 bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC).

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved