
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut sahaja nama Yasin Sulaiman, pasti kebanyakan rakyat Malaysia mengenali komposer dan penyanyi lagu ‘Rindu PadaMu’ itu bukan? Tidak dinafikan kemerduan suaranya berjaya menambat hati ramai orang.
Bagaimanapun, ujian menimpa penyanyi berusia 50 tahun itu apabila pada 22 Ogos 2024 lalu dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya pada tiga tahun lalu.
Yasin yang sebelumnya ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenalkan Sultan Selangor telah digari oleh pihak polis dan dibawa ke Penjara Kajang.
Yasin dibebaskan daripada hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan
Terbaharu, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari ini (28 April) melepas dan membebaskan Yasin serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga diperkenan Sultan Selangor.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan.
Difahamkan, keputusan sebulat suara itu diputuskan panel hakim diketuai Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali yang bersidang bersama-sama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan akhir dimohon Yasin.
Yasin sebelum ini dituduh miliki dan ambil dadah serta tanam pokok ganja
Terdahulu, mengikut pertuduhan pertama, Yasin didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Suria Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Untuk pertuduhan ketiga pula, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.
Baca Artikel Berkaitan: Yasin Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup & 16 Sebatan, Terus Dibawa Ke Penjara Kajang
Baca Artikel Berkaitan: Yasin Bebas Dari Kes Dadah, Diarah Ke Hospital Bahagia
Source:

![“Kami Rindu Cikgu” – Pelajar Gigih Bawa Makanan, Siap Masak Ketika Ziarah Guru Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
