Yayasan Hind Rajab Gesa AS Dakwa Bekas Menteri Pertahanan Israel Atas Jenayah Perang di Gaza, Lubnan

18 Nov 2026 • 10:49 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Yayasan Hind Rajab Gesa AS Dakwa Bekas Menteri Pertahanan Israel Atas Jenayah Perang di Gaza, LubnanYayasan Hind Rajab (HRF) pada Selasa memfailkan permohonan rasmi kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) bagi mendesak pendakwaan terhadap bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berhubung dakwaan jenayah perang di Semenanjung Gaza dan Lubnan serta pembunuhan beramai-ramai (genosid) di wilayah Palestin itu.Menurut kenyataan yayasan tersebut, permohonan itu merujuk kepada dakwaan jenayah yang diluluskan atau diarahkan oleh Gallant sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai menteri pertahanan, ketika beliau menyelia kempen ketenteraan Israel di Gaza dan Lubnan susulan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.Tindakan undang-undang itu difailkan menjelang lawatan kerja Gallant yang dijadualkan ke Bandar Raya New York pada Rabu, di mana beliau dijangka menyampaikan ucaptama pada sidang kemuncak tahunan Institut MirYam, sebuah pertubuhan bukan untung pro-Israel.HRF menegaskan bahawa Gallant bertanggungjawab secara langsung terhadap dasar ketenteraan Israel di Gaza dan Lubnan, dengan merujuk kepada angka kematian orang awam yang tinggi, kemusnahan besar-besaran kawasan kediaman, pemindahan paksa penduduk serta serangan terhadap kemudahan penjagaan kesihatan.Menurut data yang dikemukakan yayasan berkenaan, lebih 43,000 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza menjelang pemecatan Gallant pada November 2024, manakala 90 peratus kawasan perumahan musnah dan hampir keseluruhan penduduk kehilangan tempat tinggal.Dalam pada itu, HRF turut menuduh tentera Israel di bawah pimpinan Gallant membunuh lebih 2,600 orang di Lubnan, menyasarkan kemudahan kesihatan dan kenderaan kecemasan, serta mendalangi serangan letupan alat kelui (pager) pada September 2024 yang meragut 12 nyawa dan mencederakan hampir 3,000 orang.Yayasan itu turut memetik pengumuman Gallant pada Oktober 2023 mengenai “kepungan penuh” ke atas Gaza—termasuk sekatan bekalan elektrik, air, makanan dan bahan api—sebagai bukti kukuh dakwaan hasutan untuk melakukan genosid.HRF berhujah bahawa perundangan AS, termasuk Akta Jenayah Perang dan Statut Genosid persekutuan, menyediakan asas perundangan yang jelas untuk mendakwa Gallant sebaik sahaja beliau menjejakkan kaki ke wilayah AS, tanpa mengira lokasi jenayah yang didakwa itu berlaku.Selain itu, HRF menggesa Washington supaya menunaikan kewajipannya di bawah Konvensyen Geneva untuk menyiasat dan mendakwa individu yang disyaki melakukan pelanggaran berat, sambil menekankan bahawa Gallant tidak boleh secara automatik menuntut kekebalan diplomatik atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa.Untuk rekod, Gallant turut berdepan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sejak November 2024 atas pertuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.Sehubungan itu, yayasan tersebut turut menggesa penggubal undang-undang AS agar memansuhkan atau meminda Akta Perlindungan Anggota Perkhidmatan Amerika bagi membolehkan kerjasama penuh dengan ICC dalam siasatannya berkaitan Palestin.Perkembangan ini berlaku di tengah-tengah pencabulan berterusan Israel terhadap perjanjian gencatan senjata dengan Hamas yang berkuat kuasa pada Oktober 2025. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan Israel sejak gencatan senjata itu bermula telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,650 rakyat Palestin dan mencederakan 5,975 yang lain.Secara keseluruhan, sejak 8 Oktober 2023, perang berterusan Israel ke atas Gaza telah meragut lebih 74,000 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan lebih 176,000 orang, dengan majoriti mangsa terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak.Sementara itu, Ahli Kongres AS, Rashida Tlaib turut mengecam keras rancangan kehadiran Gallant ke acara di Bandar Raya New York itu, sambil menuduhnya bertanggungjawab ke atas genosid dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza serta Lubnan.“Kita tidak boleh menormalkan penjenayah perang yang bebas bergerak di bandar-bandar kita. Yoav Gallant bertanggungjawab atas genosid dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan Lubnan.“Beliau mempunyai waran tangkap ICC. Beliau sepatutnya berada di The Hague, bukannya mengadakan siri jelajah berucap. Kerajaan kita terus bersubahat menyokong pembunuhan beramai-ramai ini,” kata Tlaib menerusi hantaran di platform media sosial X.Sumber: Agensi Anadolu (AA)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved