Yayasan MBI salur RM12,500 bantu 29 mangsa ribut Semenyih

27 Sep 2026 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Yayasan MBI salur RM12,500 bantu 29 mangsa ribut Semenyih

SEMENYIH, 27 SEPT: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI memperuntukkan RM12,500 sebagai bantuan susulan kepada 29 mangsa ribut di Kampung Batu Tiga, Semenyih hari ini.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan berkenaan disalurkan kepada semua penerima dengan jumlah berbeza mengikut tahap kerosakan yang dialami.

“Antara kerosakan paling teruk adalah pokok tumbang menghempap bahagian dapur rumah,” katanya.

Image from: Yayasan MBI salur RM12,500 bantu 29 mangsa ribut Semenyih
Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor ditemui media ketika Majlis Serahan Sumbangan Bencana Ribut di Kampung Batu 3 Semenyih pada 27 September 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Menurut Ahmad Azri, sumbangan berkenaan merupakan bantuan susulan dan menjadi bantuan terakhir yang disalurkan kepada kesemua 29 mangsa terbabit.

Beliau berkata sumbangan itu bukan bertujuan menyelesaikan masalah atau menampung keseluruhan kerugian yang dialami mangsa semata-mata.

Sebaliknya, bantuan berkenaan menjadi tanda santunan dan keprihatinan Yayasan MBI serta Kerajaan Negeri Selangor terhadap penduduk yang berdepan musibah.

“Sumbangan ini juga sebagai peringatan kepada mangsa bahawa masih ada pihak yang sentiasa mengambil berat dan membantu mereka ketika berdepan musibah,” katanya.

Ahmad Azri berkata bantuan itu diharap dapat membantu penduduk yang masih berdepan kesan kerosakan akibat kejadian ribut berkenaan.

Pada masa sama, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban 29 mangsa dalam menghadapi kesan kerosakan kediaman masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved