Yayasan MR D.I.Y. diiktiraf sebagai Yayasan Terbaik dalam Anugerah Tanggungjawab Kemapanan & CSR Malaysia 2024

30 Jul 2024 • 2:43 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Yayasan MR D.I.Y. diiktiraf sebagai Yayasan Terbaik dalam Anugerah Tanggungjawab Kemapanan & CSR Malaysia 2024
Yayasan MR D.I.Y. adalah penerima Anugerah Kecemerlangan Semangat Komuniti dalam Anugerah Tanggungjawab Kemapanan & CSR Malaysia 2024. Prof Dr. Ong Teng Aik, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MR D.I.Y. (tengah) menerima anugerah daripada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (kedua dari kiri). Juga dalam gambar; Pengerusi CSR Malaysia, Dato’ R. Rajendran (kiri), Zaleha Mohd Mydin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y. (kedua dari kanan), dan Naib Pengerusi CSR Malaysia serta Pengarang Urusan Lee Seng Chee (kanan).

Yayasan MR D.I.Y., telah diumumkan sebagai Yayasan Terbaik [Peruncit Perkakas Rumah] dalam Anugerah Kecemerlangan Semangat Komuniti dalam Anugerah Tanggungjawab Kemapanan & CSR Malaysia 2024.

Anugerah yang dianjurkan oleh ‘CSR Malaysia’, satu inisiatif Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan Dan Korporat Malaysia (badan kebangsaan untuk Tanggungjawab Kemapanan dan Sosial Korporat) bertujuan untuk meraikan kecemerlangan syarikat-syarikat Malaysia sebagai pelopor dalam transformasi sosio-ekonomi dan alam sekitar di Malaysia. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, telah menyampaikan anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan pencapaian mereka.

Panel hakim yang terhormat dari beberapa organisasi korporat dan sosial telah memilih 60 penerima anugerah berdasarkan kriteria seperti kejelasan matlamat CSR, impak, kekerapan acara, jumlah sumbangan, ketelusan, kreativiti, kekuatan pasukan, serta keikhlasan dan keberkesanan setiap inisiatif.

Mengulas tentang pengiktirafan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin, berkata, “Diiktiraf dengan Anugerah CSR pertama kami hanya setahun selepas penubuhan kami adalah sesuatu yang sangat istimewa. Pengiktirafan penting ini membuktikan bahawa usaha Yayasan MR D.I.Y. untuk membawa impak yang positif dalam kehidupan rakyat Malaysia telah benar-benar menghasilkan perubahan. Pasukan kami bersyukur atas pengiktirafan ini dan bersemangat untuk menggiatkan usaha kami pada tahun-tahun akan datang, serta berharap program seperti ini akan memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk mengikut jejak yang sama, membuka jalan untuk membentuk negara Malaysia yang lebih baik. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Anugerah CSR Malaysia dan panel Hakim, serta kepada Kumpulan MR D.I.Y. atas kepercayaan dan sokongan mereka.”

Acara Anugerah Tanggungjawab Kemapanan dan CSR yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, pada 18 Julai 2024, mengiktiraf 60 syarikat tersenarai Malaysia dan swasta bersama GLC. Yayasan MR D.I.Y. adalah satu-satunya pemenang kategori Yayasan Terbaik [Peruncit Perkakas Rumah] dalam kategori Anugerah Kecemerlangan Semangat Komuniti.

Yayasan MR D.I.Y. ditubuhkan pada Jun 2023 untuk menguruskan aktiviti impak komuniti Kumpulan MR D.I.Y. Pada tahun 2023, Yayasan MR D.I.Y. telah melaksanakan 190 program, membawa impak positif kepada lebih daripada 59,000 individu. Ia merancang untuk terus mengukuhkan asas ini, mendekati lebih ramai individu dan komuniti, seterusnya menyumbang kepada pembangunan mampan dan kemajuan negara secara keseluruhannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program tanggungjawab kemapanan dan sosial korporat Yayasan MR D.I.Y., lawati laman web MR D.I.Y., www.mrdiy.com, atau salurannya di TikTok.