Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan 150 Anak Tahfiz, Asnaf

9 Mar 2026 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Siapa sangka, sebuah majlis berbuka puasa mampu memberi impak yang besar buat 150 jiwa. 

Yayasan PEKEMA telah menjayakan Majlis Malam Seribu Keberkatan & Kerahmatan, sebuah inisiatif murni untuk menyantuni pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf di dewan Masjid Raja Haji FI Sabilillah, Cyberjaya, pada minggu lepas.

Bukan sekadar makan bersama, Yayasan PEKEMA turut menyerahkan sumbangan tunai sebanyak RM150 kepada setiap pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf yang hadir pada majlis tersebut. 

Ini menjadikan jumlah sumbangan pada majlis kali ini sebanyak RM22,500. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban mereka serta membawa kegembiraan dalam menyambut bulan Ramadan.

image is not availableimage is not available

Presiden PEKEMA Datuk  Mohamed Nazari Noordin dalam ucapannya berkata bahawa program seperti ini mencerminkan komitmen berterusan PEKEMA dan Yayasan PEKEMA dalam memperkukuhkan nilai kemasyarakatan serta semangat berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli PEKEMA yang hadir, serta pihak yang telah menyokong dan menjayakan majlis ini.

Menurut beliau, sokongan padu daripada ahli-ahli dan rakan strategik memainkan peranan penting dalam memastikan usaha kebajikan seperti ini dapat terus dilaksanakan.