Yayasan Sabah terima dividen RM70 juta daripada Sabah Softwoods Berhad

LocalBusiness & Finance
19 May 2025 • 7:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menerusi Yayasan Sabah tahun ini menerima dividen sebanyak RM70 juta untuk 2024 daripada Sabah Softwoods Berhad (SSB), peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding RM60 juta pada 2023.

Menurut Pengerusi SSB Datuk Mohd Arsad Bistari, peningkatan signifikan itu mencerminkan komitmen SSB yang konsisten meningkatkan hasil negeri melalui penjanaan pendapatan di bawah anak syarikat Yayasan Sabah itu.

“Pembayaran dividen ini mencerminkan peningkatan prestasi syarikat berbanding tahun 2023, di mana jumlah dividen yang dibayar adalah sebanyak RM60 juta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ini menunjukkan komitmen dan konsistensi SSB dalam menjana keuntungan mampan, sekali gus menyumbang kepada hasil negeri khususnya Yayasan Sabah selaku pemegang saham terbesar,” kata Arsad dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Cek cura penyerahan dividen tersebut disampaikan oleh Arsad kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah sewaktu sesi kunjungan hormat lembaga pengarah SSB di Menara Kinabalu pada Khamis.

Pada masa sama, Arsad turut menzahirkan penghargaan terhadap Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah atas kelulusan lanjutan pajakan tanah Sapangar, milik sebuah anak syarikat Yayasan Sabah selama 30 tahun yang dijangka bakal memastikan kestabilan dan kelangsungan operasi SSB dalam sektor perladangan kayu, kelapa sawit dan pemprosesan di negeri itu, selaras dengan hala tuju kerajaan negeri.

“Kelulusan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah bagi lanjutan pajakan tanah Sapangar, anak syarikat Yayasan Sabah selama 30 tahun merupakan keputusan strategik dan penting.

“Ini bagi memastikan kelangsungan operasi serta kestabilan jangka panjang SSB dalam sektor perladangan kayu, kelapa sawit, dan pemprosesan, selari dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” tambahnya.

Kunjungan hormat itu turut dihadiri oleh Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulamhaidar Khan Bahadar, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Datuk Jasnih Daya dan Ketua Pegawai Eksekutif SSB, Datuk Mohd Daud Tampokong.

Sebagai rekod, SSB merupakan salah satu anak syarikat yang bernaung di bawah Yayasan Sabah.