Yazmin Aziz dilamar kekasih, netizen Filipina beri komen – “Bakal jadi ibu tunggal”

EntertainmentLifestyle
17 Jul 2025 • 11:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Yazmin Aziz menjadi perhatian warganet selepas dilamar oleh kekasihnya yang merupakan pencipta kandungan asal Filipina di hadapan Menara Bekembar Petronas (KLCC), baru-baru ini.

Yazmin Aziz dilamar kekasih

image is not available

Berita itu tular di media sosial setelah kekasihnya, Simon atau nama lengkapnya Simon Joseph Javier memuat naik satu hantaran memperlihatkan dia sedang melutut menyarungkan cincin di jari manis penyanyi tersebut.

“Jumpa cinta saya yang selamanya, Yazmin Aziz ,” tulis Simon ringkas di Facebook.

Dalam perkongsian berasingan, Simon meluahkan hasratnya untuk mencium Yazmin sewaktu hari bahagia mereka berdua nanti dan meminta agar peminat untuk terus bersabar menunggu hari itu tiba.

“Maaf semua, saya dah rancang nak cium dia (Yazmin) di depan umum sewaktu majlis perkahwinan kami nanti. Harap semua dapat bersabar dan terima kasih,” terangnya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet bagaimanapun seolah-olah mengecam dengan mendakwa bahawa Yazmin bakal menjadi ibu tunggal seterusnya seperti bekas pasangan Simon sebelum ini.

Namun begitu, masih ada segelintir individu yang teruja menerima berita gembira itu dan mendoakan agar hubungan mereka berkekalan biarpun berbeza agama.

Bakal ibu tunggal

image is not available

Layak bahagia

image is not available

image is not available

Foto: MSN

Untuk rekod, Simon dan bekas pasangannya Zara Lopez memiliki seorang cahaya mata perempuan, Sapphire Love Javier sebelum mereka dilaporkan berpisah pada Januari 2024.

Sumber: Facebook Simon Javier